JOM UBAH


Assalamualaikum W.B.T.

Bertemu kita di wacana siber. Kita percaya ramai rakan MAHASISWA yang terkejut dengan kewujudan JOM UBAH ini. Kita tahu segelintir MAHASISWA tidak senang duduk dengan wujudnya kita. Kaget dengan kemunculan JOM UBAH pelbagai reaksi telah diberi. Maaflah, giliran kami meluahkan apa yang terpendam di hati selama ini.

JOM UBAH di wujudkan atas dasar kesedaran sekumpulan MAHASISWA yang sudah jelak aka muak dengan POLITIK KAMPUS kotor yang berlaku dalam Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kita mengharapkan dengan wujudnya JOM UBAH UIAM ini akan dapat melahirkan MAHASISWA yang berfikiran kritikal dalam membimbing masa depan mereka. Mampu memilih pemimpin yang sebenar-benarnya berjuang bermatian-matian untuk kebajikan dan keselesaan hidup MAHASISWA.

Kita menentang campur tangan luar dalam hal ehwal MAHASISWA UIAM. Kita tak mahu MAHASISWA UIAM dilabel menjadi boneka kuasa-kuasa luar terutamanya parti POLITIK MALAYSIA. Kita tak setuju dengan ASPIRASI kerana ASPIRASI mempunyai hubungan dengan parti memerintah UMNO BARISAN NASIONAL sekarang. Begitu juga dengan PRO-M yang secara terang-terangan giat berkempen untuk pakatan pembangkang PAKATAN RAKYAT. Mendukung matlamat ini maka kita telah menubuhkan satu kumpulan tenaga kerja dengan mengunakan tenaga dan duit sendiri supaya masa depan kita dan adik-adik MAHASISWA akan lebih terjamin pada masa hadapan.

Pendirian kita;
1.       Kita menyokong gerakan memansuhkan AUKU tetapi kami tidak setuju dengan gerakan yang menggunakan isu AUKU untuk kepentingan politik sendiri.
2.       Kita menyokong pemilihan SRC berdasarkan peribadi seseorang MAHASISWA tersebut dan cita-cita mereka yang bermatlamatkan MAHASISWA.
3.       Kita ingin mewujudkan budaya MAHASISWA yang tidak membuta tuli memilih pemimpin dalam Pilihan Raya Kampus depan. Harus melihat dan berfikir tentang faedah dan keuntungan manifesto mereka kepada MAHASISWA.
4.       Kita inginkan MAHASISWA yang kritikal dalam apa jua keadaan.
5.       Kita TOLAK campur tangan luar dari mencampuri urusan MAHASISWA UIAM.
6.       Membantu mana-mana MAHASISWA yang benar-benar ingin memajukan dan menjaga kebajikan MAHASISWA UIAM atas kapasiti sebagai seorang MAHASISWA yang NEUTRAL.

Setiap MAHASISWA yang berkemampuan berhak menjadi Student Representative Council (SRC). Tetapi sentiasa tertindas dek kerana tiada bantuan atau dana yang besar sebagai mana ASPIRASI dan PRO-M. Kita menyeru agar MAHASISWA ini bangkit sekali lagi pada PRK kali ini menentang dua kuasa DURJANA ini.

Terima Kasih

MAHASISWA UNTUK MAHASISWA!

JOM UBAH!!!

1 comment:

  1. PLEASE LA..jom sume komrad2 yg kata nak ubah uia ne kan dr golongan wufi dan aspirasi..mari duduk berbincang sekali dan buat rapat umum..bt 1revolusi utk prk kali ini..ayuh sahabat sume..bgtahu masa dan bg tau tarikh..sume sahabat dr mcm2 fakulti boleh trun

    ReplyDelete