Thursday 7 March 2013

JOM UBAH UIAM!

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, JOM UBAH UIAM kini telah mencapai tahun ke 2 bertapak di UIAM, Gombak. Kedengaran ada arus yang sama ingin muncul di PJ dan juga di KUANTAN. Sahabat-sahabatku, teruskan perjuangan anda. Walaupun tak kelihatan dek mata MAHASISWA UIAM, kita sahabat-sahabat JU semua akan terus berusaha dan berjuang demi kaeamanan dan maslahat MAHASISWA UIAM.

Semester 2, 2012-2013 akan menyaksikan satu lagi arus perjuangan semangat baru dari ahli-ahli JU. Walaupun menyepi hampir 5 bulan, menyepi bukan bermakna berhenti. Perjuangan untuk menyedarkan MAHASISWA UIAM bahawa kita bukan milik sesiapa kecuali ALLAH. Hanya ALLAH menjadi kekuatan dan tunjang perjuangan kita, sahabat JU.

Sedar atau tidak dalam masa 5 Bulan ini banyak perkara berlaku di UIAM, Gombak, Kuantan dan PJ. Di PJ, sahabat-sahabat kita baru sahaja selesai dgan Raudah Festival. Pengalaman baru untuk sahabat JU yang baru. Salam perkanalan semua!

'Mahasiswa untuk Mahasiswa!'

JOM UBAH UIAM!

#prayforSABAH
#prayforLAHADDATU

No comments:

Post a Comment