Wednesday 20 March 2013

APA JADI MANIFESTO DULU???


APA SUDAH JADI?

MAHASISWA UIAM menjadi mangsa!

MAHASISWA UNTUK MAHASISWA!!

TOLAK ASPIRASI!!

TOLAK PRO-M @ WUFI!!!

JOM UBAH UIAM!

Saturday 9 March 2013

TANDA PUTERA : SEJARAH ATAU 'RACIST'?

 
Assalamualaikum W.B.T.

Apakah motif admin UIAM menayangkan filem konstroversi ini? Kenapa filem yang mempunyai unsur-unsur racism juga yang dicari? Tak ada filem lainkah yg boleh dipertontonkan kepada MAHASISWA UIAM sekalian? JU tak berapa bersetuju dengan penayangan filen TANDA PUTERA arahan SHUHAIMI BABA ini di dalam UIAM. Tetapi alang-alang dah dipertontonkan, mari kita pergi lihat cerita ini kearah mana, sila kosongkan minda anda sebelum masuk ke dalam dewan tayangan. Agak-agak apa yg ingin disampaikan.
 
Apa yang menyedihkan forum 'PRU 13: Pilihan Raya Masa Depan Malaysia' di cancelkan saat akhir. Kenapa majlis ilmu yang perlu untuk MAHASISWA UIAM pergi di batalkan? Sedangkan JU tak nampak sebarang bentuk bias mana-mana pihak dalam penganjuran forum itu. Ketika MAHASISWA UIAM perlukan penerangan dan penjelasan mengenai apa hak MAHASISWA dalam negara, ketika itu juga admin UIAM menunjukkan betapa bias nya mereka dngan kerajaan pemerintah yang sepatutnya dah tamat tempoh semalam.

Agak 'desperate' kerajaan ketika ini
 
Shuhaimi Baba berkata,
“Tanda Putera is not a racist film. One that will shock? Maybe. The first 15 minutes of the film shows what happened during the racial riots of 1969 and the events leading up to it.
“Yes, it shows Malays beating up Chinese and Chinese beating up Malays and the role of dissidents, members of the Malayan Communist Party, in stoking up the fire. But Tanda Putera also shows how a Chinese family helps protect
their Malay friends and Malay youths protecting their non-Malay friends from rioters. 
“More importantly, it shows how Malaysians managed to overcome the horror of May 13th to bring back the peace and stability which we enjoy to this day. And no one can deny Tun Razak and Tun Ismail’s leading roles in steering this country from the brink of disaster even when they were both struggling with critical illnesses,” she wrote in the statement dated March 5 (http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/controversial-tanda-putera-film-not-racist-director-says)
 
Kepada sahabat-sahabat JU yang pergi menonton filem ini, jgan tidur dalam dewan ketika berlansungnya cerita tetapi buka minda anda seluas-luasnya untuk memahami apakah motif disebalik penayangan filem ini di dalam UIAM. Terpulang kepada anda MAHASISWA UIAM untuk menganalisis filem ini nanti.
 
Sekian terima kasih!
 
MAHASISWA UNTUK MAHASISWA!!

JOM UBAH UIAM!!

Friday 8 March 2013

SEMESTER BARU!

 
 
Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera.
 
   Alhamdulillah, sekali lagi diberi keizinan Allah untuk menulis tinta baru untuk MAHASISWA UIAM. Bermulanya semester ini, genaplah satu semester SRC IIUM yang baru dilantik berkuasa di atas takhta mereka. JU mahu tanya kpd semua MAHASISWA UIAM. Anda semua 'aware' atau tidak tentang perubahan di UIAM? Ada aura barukah? atau ada sesuatu yang barukah? Untuk sahabat-sahabat MAHASISWA yang baru mendaftar 'maybe' tidak merasakan apa-apa. Tetapi untuk sahabat-sahabat senior UIAM semua anda semua mesti rasa apa yang JU rasa. TIDAK ADA PERUBAHAN!!!!
 
   Sekarang sudah minggu ke-5. SRC baru nak buat open day???? Beramah mesra dengan rakyat jelata. KATENYE! Dalam masa 5 minggu pertama ini ada mereka mulakan apa yang mereka JANJI dulu??? Jangan JANJI DICAPATI sudah, APA PUN TAK BOLEH! Masalah wifi IIUM dari tahun 2007 sampai sekarang 2013, usaha ada tapi RESULT tak ada, janji nak tar jalan depan MAHALLAH ALI sampai harini tak nampak pun apa-apa perubahan, yang JU dengar SRC buat meeting. ASYIK MEETING SAHAJA! Jangan sampai MAHASISWA UIAM boikot semua program SRC2013 baru nak terngadah!
 
   Sekarang JU dengar di MAHALLAH perempuan, ramai di kalangan MAHASISWI tidak selesa dengan kehadiran ABANG-ABANG IP/MAINTENANCE masuk ke MAHALLAH mereka hampir setiap masa. Pernah dengar tak ada kes IP/TECHNICIAN UIAM GOMBAK diberhentikan serta merta sebab pasang kamera di toilet MAHALLAH PEREMPUAN??? Kes ni berlaku semester lepas, sejurus selepas penangkapan FLASHER MENGGANAS tempoh hari. Anda semua tahu tak siapa FLASHER tu sebenarnya? Memanglah jumpa ID student UKM, tp hakikatnya setelah disoal selidik FLASHER tersebut adalah staff UIAM SENDIRI!!!!!!!
 
   Dalam tempoh 5 minggu ini apa pihak SRC buat untuk membendung gejala tidak bermoral ini daripada berlaku lagi? Apa yang mereka buat? Hanya muncul di ceramah-ceramah politik LUAR sahaja dan mencari publisiti. Buat kerja dulu, kalau benar anda benar, tak perlu publisiti! Untuk MAHASISWA UIAM masa inilah anda menilai sejauh mana calon-calon yang anda undi menjalankan AMANAH mereka.
 
Sekian, terima kasih.
 
UIAM SUDAH TIDAK SELAMAT!!!!!!!
 
MAHASISWA UNTUK MAHASISWA!!!!!
 
JOM UBAH UIAM!
 


Thursday 7 March 2013

JOM UBAH UIAM!

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, JOM UBAH UIAM kini telah mencapai tahun ke 2 bertapak di UIAM, Gombak. Kedengaran ada arus yang sama ingin muncul di PJ dan juga di KUANTAN. Sahabat-sahabatku, teruskan perjuangan anda. Walaupun tak kelihatan dek mata MAHASISWA UIAM, kita sahabat-sahabat JU semua akan terus berusaha dan berjuang demi kaeamanan dan maslahat MAHASISWA UIAM.

Semester 2, 2012-2013 akan menyaksikan satu lagi arus perjuangan semangat baru dari ahli-ahli JU. Walaupun menyepi hampir 5 bulan, menyepi bukan bermakna berhenti. Perjuangan untuk menyedarkan MAHASISWA UIAM bahawa kita bukan milik sesiapa kecuali ALLAH. Hanya ALLAH menjadi kekuatan dan tunjang perjuangan kita, sahabat JU.

Sedar atau tidak dalam masa 5 Bulan ini banyak perkara berlaku di UIAM, Gombak, Kuantan dan PJ. Di PJ, sahabat-sahabat kita baru sahaja selesai dgan Raudah Festival. Pengalaman baru untuk sahabat JU yang baru. Salam perkanalan semua!

'Mahasiswa untuk Mahasiswa!'

JOM UBAH UIAM!

#prayforSABAH
#prayforLAHADDATU