Wednesday, 22 February 2012

STRATEGI PEMIMPIN KORUP WUFI@PRO-M dan ASPIRASI


Hari ini kita nak bawa kawan-kawan MAHASISWA menyelami strategi politik WUFI ASPIRASI. Bagi kawan-kawan yang baru masuk Universiti(ya, adik adik sekalian J ) mahupun yang sudah sempat menghadapi pilihanraya kampus, penting sebenarnya untuk kita paham demam pilihanraya. Dan sekarang WUFI sudah pun mula sandiwara politik dia.

Pilihanraya kampus selalunya dipanggil sepanggil sebagai PRK. Sejak JOM UBAH mendedahkan perkara-perkara gelap mengenai WUFI dengan ASPIRASI, tiada sesiapa pun antara mereka yang mengeluarkan diri dan menerangkan apakah sebenarnya penjelasan bagi artikel-artikel yang dikeluarkan oleh kita.


Ini menunjukkan JOM UBAH betul! Walaupun bersahaja, ‘pattern’ atau pola  pilihanraya mereka, WUFI nampaknya sudah mula balik. Nampaknya WUFI memang takut dengan pembongkaran JOM UBAH. Bagi ASPIRASI entah ke mana tak muncul-muncul walaupun kepalanya di AIKOL sedang belajar Tahun keempat semester 1. Kita nak tengok ASPIRASI sampai bila dia boleh tahan panas punggung dia. Hee.. hee.. hee.. WUFI punya orang pun nampaknya duduk dekat AIKOL. Ntah-ntah mereka bersekongkol? Hahaha..

Kalau kawan-kawan tengok, sekarang WUFI sudah mengeluarkan poster mengucapkan ‘goodluck’ kepada atlit-atlit universiti kita ini untuk berentap dalam University Sport Carnival(USC). Yang lawaknya, WUFI ini tidak pernah kisahkan sangat tournament universiti ni. Ini hanya kerana nak tunjuk kononnya mereka ini baik belaka dan ambil kisah. Walhal, selama ini kalau bukan sebab dekat dengan PRK, tak muncul juga WUFI ini. Langsung tak kisah!

Bukak semester ini juga, SRC AIKOL Hafizul pulak dok sibuk-sibuk beritahu dan canang pada semua orang yang dia ke admin UIA nak cakap pasal hal ehwal kita. Mentang-mentanglah semester ni sudah tiba masa untuk pilihanraya kampus. Dia ingat dia boleh tipu kita! Padahal semester lepas dengan dua semester lepas tak buat apa pun. Sebab takut nanti semester ni WUFI hilang undi, buat buatlah nampak sibuk. Hipokrit! Penipu! Tengok saja Fitri SRC calon WUFI. Sama saja. Lagi terus senyap! Inilah orang WUFI yang kita salah pilih. Jangan kita biarkan kesilapan berlaku lagi.

Percayalah kawan-kawan, kita semua ini asyik kena tipu saja dengan politikus-politikus kampus ni.

Ini strategi pilihan raya kampus mereka. Bila dekat election politikus-politikus bak WUFI dengan ASPIRASI keluarlah poster kononnya dia sajalah yang baik dalam university ni. Macam orang lain tak baik! Lepas tu time election nanti mulala janji-janji manis election untuk dapatkan undi. Dia janji bulan dan bintang! Kalau kita ni semua perempuan, boleh cair dengar dia pujuk rayu dia! Lepas itu, kitapun undi.

Bila dah dia menang dia buat tak hiraunya kita. Tak lama lepas itu pulak, (Yang ini kerja WUFI. ASPIRASI langsung terus hilang. Orang kalah yang merajuk agaknya), dia snap gambar sana, snap gambar sini, snap gambar situ untuk dedah aib orang. Dia kata ini salah, itu salah. Cuba sewaktu election, ada dia nak cakap begitu? Tak mungkin! Sebab apa? Sebab tak mahu hilang undi! Lepas itu marahkan JOM UBAH sebab canang aib orang? Hahahaha..DAYUS!



Kawan-kawan, jangan kita tertipu dengan dakyah si politikus WUFI dan ASPIRASI. Bila dia hantar calon ke depan, dia kata dia calon bebas. Kita pun undi. Dan sebenarnya bukannya majority besar pun dia menang. Tapi sebab dah kita kena tipu, kita pun undilah ingatkan dia calon bebas betul nak perjuang hal kita semua. Dan orang orang ini juga menang sebab orang-orang dia saja yang turun undi ramai berbanding dengan kita semua.

Bila masuk saja meeting SRC, dia buat statement dia kata dia WUFI! Yang ASPIRASI pulak takut nak declare diri! Bila reporter suratkhabar tanya siapa menang di election kampus, dia pun kata sekian-sekian adalah calon WUFI. Rupanya kita dah kena tipu kawan-kawan. Sampai macam ini sekali dia tipu kita. Depan dia kempen kata dia bebas. Belakang dia kata dia WUFI. Dan inilah juga apa Presiden SRC sekarang Iqbal buat.

Jadi kepada bakal calon diluar sana janganlah menjadi calon WUFI atau ASPIRASI. Walaupun anda bebas, jangan harapkan WUFI atau ASPIRASI. Tanding atas kapasiti MAHASISWA! Tanding sebab nak tolong kawan-kawan kita juga! Kita kena tolak politikus politikus ni. Sebab kita biarkan mereka ini bermaharajalelah orang-orang macam ini bila dah besar porak perandakan politik Negara macam sekarang!

Kawan-kawan! Jom bersatu. Jom kita kuatkan barisan menolak politik luar. Jom kita matikan perjuangan sia-sia WUFI dan ASPIRASI. Jom kita buang dinding perpecahan politik kotor WUFI dan ASPIRASI. Jom bersama membuang sikap ekstremis WUFI. Jom kita hilangkan sikap liberal ASPIRASI. Jom kita sokong MAHASISWA kita untuk bertanding. JOM UBAH UIAM!

Beritahu semua mengenai perubahan yang kita perlukan! Sebarkanlah maklumat ini!

MAHASISWA UNTUK MAHASISWA!

JOM UBAH!!!

30 comments:

  1. Ko nak ubah jadi ape dan bagaimana?

    ReplyDelete
  2. kecoh la weyh. ingat senang ke nak jadi SRC. dah la tgh belajar, pastu nak pikir masalah korang lagi. bukan senang la weyh.

    ReplyDelete
  3. Src da melenting... hahaha

    ReplyDelete
  4. semalam SRC buat dialog dgn admin. baik lah SRC ni.nampak betapa mereka memperjuangkan hak.. baik kamu tahu. menyesal kalau x undi dia..nyesal..nyesal..keh..keh..keh..

    #studentpower not govlickers

    ReplyDelete
  5. Aizat Nasri: So yang menggatal jadi SRC kenape??? Fikirlah..
    Antid oto: Hahahaha..setuju! setuju yg mana? Fikirlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Ubah baso bodo ketok!
      sblum ni duk sibuk kabo nk ubah. Nk ubah mende????
      pahtu duk kutuk org duk komeng plop. Mung tanding la src plok. aku nk pakoh mg. nak tengok org ckp sajo buat dop.

      Delete
    2. Buat malu orang Kelantan je..takkan nak reply comment blog pun pkai bahasa Kelantan? kalau semua faham takpe juga. Ni lah minda budak Kelantan UIA

      Delete
  6. entahlah setiap sem ade dialog dengan admin.
    sem lepas pun ada pun tak ubah apa-apa makin seksa adalah.
    karnival banyaklah tapi hampeh tak de makne apa2 kepada pelajar.
    sekadar untung generate duit sahaja sewa booth.

    kalau x percaye g la dgr src talk dengan admin, record video.
    sem depan konpem keluar isu sama.

    ReplyDelete
  7. kau ni konfem budak yg betanding tapi kalah ni.huahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua stuju bangat ngn lu bro!!!!!!
      blog ni tmpat luah perasaan admin sebnrnye..wakakakakaka

      Delete
    2. gua sis la beb.huahaha

      Delete
    3. hahhahaha...setuju..cakap kencang!! tpi, kosong!

      Delete
  8. Yang patut ubah ialah pihak UIA...SRC hnya sebagai medium...orang yg tulis blog ni dtng x semalam???

    ReplyDelete
  9. hahahaha, jangan pandai cakap saja... kalau pandai cakap belakang saja itu stail org pengecut. nanti pilihanraya la kita tengok, cuba kalau berani, bentangkan segala hujah yang ada utk patahkan pro-m n pro-a. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kutahudirimupengecut!22 February 2012 at 23:50

      btol...baru r JANTAN!hahahah!...ckp lbih,,pstu x tunjuk muke...klo cmni...smua org blh buat bro! adik ak yg 6 thun pn pndai klo suh wat cmni.. TAK MATANG N X KOOL LAH ANDA NI!..

      Delete
  10. haha..cakap belakang bukan pengecut. haha..cakap belakang tu sedang berbincang dan menterjemah kekuatan SRC and gov lickers aspirasi tu..well, so far, they juz ppl yang pandai bercakap dan berkempen..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang ckp then usahakn. yg ko ckp xbuat pape pom...

      "haha..cakap belakang bukan pengecut. haha..cakap belakang tu sedang berbincang dan menterjemah kekuatan SRC and gov lickers aspirasi tu"

      wakaka lawak bodoh lu sengal la bro :-D :-D

      Delete
    2. haha.. anon..anon.. celah bedah mana lawak bodohnya tak tau la aku..haha..anon..anon..haha

      Delete
    3. anon, pe kau merepek doh, aku tak faham la ayat ko tu.. ko ni mesti baru belajar bahasa melayu kan.
      haha..
      #studentpower

      Delete
  11. sat2..election ni bila???

    ReplyDelete
  12. Jom UBAH.. Jom kita ubah biah(suasana) UIA,dari yg kurg islamic kpd yg lbeh islamic :)
    Ubah yg dari x tutup aurat kpd tutup aurat... =)
    jom ubah,dari yg suka mlepak kpd yg suka mngaji :D

    *sibuk2 nk ubah pmkiran mhasiswa apa kata kita ubah pmikiran kita dulu.. kn JOM UBAH ?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara fikir boleh ubah semua tu kalau tak ubah pemikiran? bukankah melalui pemikiran yang terbuka dan bijak menilai akan melahirkan mahasiswa yang tahu asal serta manfaat agamanya? Mungkin saudara tidak melihat JOM UBAH dari sudut positif. Jom lah kita sama-sama ubah diri kita serta sahabat kita.

      Delete
  13. Salam...saya menyokong JOM UBAH...untuk pengetahuan, pendedahan JOM UBAH ini adalah realiti..yang harus diterima oleh seluruh pelajar UIAM. Bila ada berita benar maka semua yang batil akan mula lari bertempiaran.

    ReplyDelete
  14. JOM UBAH kuliyyah mana ye? Nak undi JOM UBAH boleh?

    Bertanding la dalam next election. Bertanding untuk kerusi Presiden tau?

    ReplyDelete
  15. JOMUBAH ni siapa? nak ajak jumpa pun takut. kalau betul di pihak yg benar, tak perlu la takut.

    ReplyDelete
  16. JOMUBAH perasan dia suara mahasiswa, padahal majoriti mahasiswa tak sokong dia pun. weh, tak malu mengaku suara mahasiswa

    ReplyDelete
  17. "Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan"

    napa ek..???

    ReplyDelete
  18. Yang komen atas ni mesti ASPIRASI. Wakaka. Lantaklah sapa tulis blog. ASPIRASI dah panas teluq! Wakakakakakakakakakaaaa.. Bagus jugak Jom ubah ni.

    ReplyDelete
  19. apa gunanya kita memaki hamun sedangkan ada jer kata2 yg lebih elok... memaki hamun bukanlah cara yg terbaik untuk menyedarkan org... pke2kanlah...

    ReplyDelete
  20. 0ooo.. ni la juak2 yg tabur flyers atas jalan yg kutuk2 src dulu ni.. slalu nmpk tiap2 kali election..

    ReplyDelete