Maka dengan itu, kali ini kita mesti ambil pendirian berbeza! Kita harus bangkit sebagai orang yang tidak mahu dipermainkan! Kita bangun untuk membawa perubahan baru! Kita mahu UIA menjadi sebuah universiti yang dipandang tinggi dan bukannya mandom(tidak bermaya) sekadar tempat ambil ijazah. Kita mahu pelajar kita dipandang tinggi dan bukan dilabel atas universiti tempat beradu politik! Kita mahu dilihat bahawa kita pelajar No 1 kualitinya dalam negara!
Kali ini kawan-kawan, kita akan berjuang untuk hak kita.
Mungkin Pro-M dan Aspirasi susah untuk kita kalahkan pengaruh mereka tetapi
biar mereka tahu bahawa kita semua wujud! Universiti ini bukan mereka yang
punya!
Ini adalah gerakan kebebasan. Sebarkan kepada kawan-kawan
bilik. Sebarkan sewaktu makan tengahari. Sebarkan sementara kelas belum
bermula! Sebarkan! Kita jangan takut! Kita jangan sembunyi. Biar mereka yang
takut! Biar mereka yang sembunyi! Lawan mereka terang-terangan! Mereka
sebenarnya kecil. Kita lebih besar! Kita tahu kita tidak salah! Ini hak kita!
Sesiapa
saja yang tahu kisah Pro-M atau Aspirasi yang menipu mahasiswa, naikkan
pamplet! Naikkan poster! Sebarkan cerita-cerita mereka! Dedahkan! Biar kita
nampak wajah sebenar mereka ini semua! Masa perubahan telah tiba! Dan ini yang
kita boleh bantu untuk perubahan UIAM! Ayuh!
"Sebarkan! Kita jangan takut! Kita jangan sembunyi."
ReplyDeleteKalau tak takut & tak nak sembunyi, kenapa tak dedahkan identiti tuan punya blog? Something worth thinking of, isn't it?
#studentpower. aku support korang semua. well see aku beidentiti
ReplyDelete