Friday, 8 March 2013

SEMESTER BARU!

 
 
Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera.
 
   Alhamdulillah, sekali lagi diberi keizinan Allah untuk menulis tinta baru untuk MAHASISWA UIAM. Bermulanya semester ini, genaplah satu semester SRC IIUM yang baru dilantik berkuasa di atas takhta mereka. JU mahu tanya kpd semua MAHASISWA UIAM. Anda semua 'aware' atau tidak tentang perubahan di UIAM? Ada aura barukah? atau ada sesuatu yang barukah? Untuk sahabat-sahabat MAHASISWA yang baru mendaftar 'maybe' tidak merasakan apa-apa. Tetapi untuk sahabat-sahabat senior UIAM semua anda semua mesti rasa apa yang JU rasa. TIDAK ADA PERUBAHAN!!!!
 
   Sekarang sudah minggu ke-5. SRC baru nak buat open day???? Beramah mesra dengan rakyat jelata. KATENYE! Dalam masa 5 minggu pertama ini ada mereka mulakan apa yang mereka JANJI dulu??? Jangan JANJI DICAPATI sudah, APA PUN TAK BOLEH! Masalah wifi IIUM dari tahun 2007 sampai sekarang 2013, usaha ada tapi RESULT tak ada, janji nak tar jalan depan MAHALLAH ALI sampai harini tak nampak pun apa-apa perubahan, yang JU dengar SRC buat meeting. ASYIK MEETING SAHAJA! Jangan sampai MAHASISWA UIAM boikot semua program SRC2013 baru nak terngadah!
 
   Sekarang JU dengar di MAHALLAH perempuan, ramai di kalangan MAHASISWI tidak selesa dengan kehadiran ABANG-ABANG IP/MAINTENANCE masuk ke MAHALLAH mereka hampir setiap masa. Pernah dengar tak ada kes IP/TECHNICIAN UIAM GOMBAK diberhentikan serta merta sebab pasang kamera di toilet MAHALLAH PEREMPUAN??? Kes ni berlaku semester lepas, sejurus selepas penangkapan FLASHER MENGGANAS tempoh hari. Anda semua tahu tak siapa FLASHER tu sebenarnya? Memanglah jumpa ID student UKM, tp hakikatnya setelah disoal selidik FLASHER tersebut adalah staff UIAM SENDIRI!!!!!!!
 
   Dalam tempoh 5 minggu ini apa pihak SRC buat untuk membendung gejala tidak bermoral ini daripada berlaku lagi? Apa yang mereka buat? Hanya muncul di ceramah-ceramah politik LUAR sahaja dan mencari publisiti. Buat kerja dulu, kalau benar anda benar, tak perlu publisiti! Untuk MAHASISWA UIAM masa inilah anda menilai sejauh mana calon-calon yang anda undi menjalankan AMANAH mereka.
 
Sekian, terima kasih.
 
UIAM SUDAH TIDAK SELAMAT!!!!!!!
 
MAHASISWA UNTUK MAHASISWA!!!!!
 
JOM UBAH UIAM!
 


No comments:

Post a Comment