Saturday 22 September 2012

Manifesto Goreng Pisang!

Assalamualaikum W.B.T. dan selamat sejahtera warga Mahasiswa UIAM sekalian.

Setelah meneliti dan memerhati kempen dan manifesto calon untuk PRK UIAM2012, Jom Ubah UIAM sangat kecewa dengan 'standard' manifesto yang ingin dibawa oleh majoriti calon. Calon seakan-akan tidak serius dengan manifesto yang hendak dibawa dan di perjuangkan. JU sering berharap manifesto-manifesto yang setaraf dengan tahap pemikiran seorang Mahasiswa yang matang.

Maka dengan itu JU ingin menketengahkan beberapa perkara yang sepatutnya diambil oleh calon dan di jadikan sebagai manifesto.

Untuk UIAM, setiap calon perlu meletakkan manifesto kepada 3 kategori.
1) Kulliyyah
2) Mahallah
3) Universiti

Setiap kategori ini JU lihat mempunyai kekuatan dan keutamaan yang perlu dititik beratkan. Walaupun nampak remeh, namun manifesto calon perlulah merangkumi kehidupan Mahasiswa UIAM secara kesuluruhan.

Kulliyyah
Untuk setiap kulliyyah, manifesto haruslah berkaitan dengan kulliyyah tempat calon bertanding. Manifesto juga haruslah yang mampu dilaksanakan oleh calon tanpa mengganggu urusan pihak pentadbiran Universiti. Contohnya, cadangan untuk mewujudkan 'mobile resource centre' untuk setiap kulliyyah. Dimana di dalamnya terdapat setiap buku yang perlu di gunakan oleh Mahasiswa Kulliyah tersebut. Wujudkan sistem 'bank soalan' peperiksaan dalam bentuk aps ataupun e-book. Hubungkan kulliyyah dengan syarikat-syarikat luar yang berkaitan. Dapatkan jaringan talian yang baik dengan syarikat-syarikat yang mungkin berpotensi untuk 'praktikal' mahupun sebagai destinasi pekerjaan selepas graduasi.

Mahallah
Manakala di mahallah pula, manifesto perlulah melibatkan keadaan dan suasana di mahallah. Contohnya, kempen keselamatan dan kebersihan yang melibatkan Mahasiswa Antarabangsa. Wujudkan komuniti pemantau dan kawalan harga makanan di setiap Mahallah. Memberikan kerjasama kepada MRC dalam program-program mereka.

Universiti
Di peringkat Universiti pula, manifesto perlulah perkara yang besar dan pokok yang perlu di ketengahkan.Contohnya, mewujudkan satu koperasi siswa dengan bantuan pihak pentadbiran UIAM dengan tujuan membantu kewangan Mahasiswa yang memerlukan. Membantu semua kelab-kelab yang wujud dalam UIAM (bukan Ma'aruf club sahaja!).

Daripada apa yang JU ketengahkan di atas, tiada satu manifesto pun yang hampir kepada bentuk manifesto yang diharapkan oleh JU. Pihak JU sangat sedih kerana kebanyakkan manifesto calon kelihatan kebudak-budakan. Tak kan kita Mahasiswa UIAM mahu budak-budak menjadi pemimpin kita.

Tidak dinafikan ada diantara calon yang membawa manifesto yang baik, JU puji dan gembira kepada satu atau dua calon ini. Namun, masih ramai calon yang memberikan manifesto yang tak mencapai 'standard' sebagai seorang Mahasiswa dan ilmuan.

'Mahasiswa untuk Mahasiswa!'

JOM UBAH UIAM

JOM UBAH UIAM!!!

Monday 10 September 2012

JOM UBAH UIAM KEMBALI!

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam sejahtera rakan-rakan UIAM sekalian. Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin.


Setelah sekian lamanya team JOM UBAH tidak bergerak aktif, kini kami kembali dengan semangat juang yang baru dan berharap gerakan ini menjadi semakin mantap. JOM UBAH juga mengucapkan selamat memulakan semester baru kepada semua Mahasiswa UIAM baru atau lama.

Kami mendiamkan diri bukan bermaksud kami mengalah dalam berjuang tetapi JOM UBAH memberi peluang kepada team ASPIRASI dan team WUFI@Pro-M untuk berjuang untuk Mahasiswa UIAM dan mempertahankan segala persoalan dan kemusykilan yang diajukan terhadap mereka. Namun JOM UBAH kecewa kerana hanya ketika kami aktif sahaja team ASPIRASI dan team WUFI@Pro-M baru bergerak dan aktif. Janganlah tunggu PRK baru nak membantu Mahasiswa, mana janji anda? Janji dicapati! Maka atas sebab itu kami merasakan hak-hak Mahasiswa UIAM perlu di perjuangkan.

Untuk permulaan JOM UBAH ingin memberikan persoalan-persoalan dan kemusykilan untuk mereka.

1. Apa yang anda sudah lakukan untuk Mahasiswa UIAM sebelum graduasi sehingga Mahasiswa UIAM keluar dari Taman Ilmu dan Budi ini? Adakah dengan hanya dari segi bantuan kebajikan mencukupi?

2. Dimana keberkesanan anda sebagai suara Mahasiswa UIAM dalam menyampaikan suara kami ke pihak atasan? Adakah hanya ketika anda telah berjaya menjadi MPP baru berani nak menyampaikan suara kami?

3. Bagaimana anda boleh membenarkan entiti politik masuk kedalam UIAM? MAHASISWA UNTUK MAHASISWA!!!!!!!!!!

4. Bagaimana anda mendapat dana yang begitu banyak? Sedangkan anda masih belajar!

5. Pernahkah anda turun ke Kolej-kolej kediaman dan ke kulliyyah-kulliyah untuk menilai masalah-masalah kami? Jangan hanya melihat di IIUM Online dan FB sahaja!

Persoalan-persoalan mudah ini di ajukan kepada team ASPIRASI UIAM dan team WUFI@Pro-M untuk anda semua fikirkan.

MAHASISWA UNTUK MAHASISWA!

JOM UBAH UIAM!