Saturday, 18 February 2012

MANIFESTO GULA-GULA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, JOM UBAH menerima pelbagai reaksi setelah kemunculannya. Kali ini kita akan berbicara mengenai MANIFESTO GULA-GULA. Setiap calon yang bertanding untuk pemilihan SRC IIUM akan memberikan janji (MANIFESTO) mereka untuk MAHASISWA. Kita kira andai kata dihitung jumlah perlaksanaan MANIFESTOs SRC saban tahun, hanya sepuluh peratus sahaja dilaksanakan. Tak percaya? Sila ambil balik pamphlet, flyers mereka tahun yang lalu dan sila nilai sendiri.

Setiap SRC mewakili setiap Kuliyyah yang wujud dalam UIAM ini, bertanggungjawab penuh atas MANIFESTO mereka kepada Kuliyyah masing-masing. Kita beri contoh di Kuliyyah of Engineering IIUM. Manifesto yang dicanang oleh bekas Presiden SRC, saudara Firwan Norliza untuk memberikan satu tempat MAHASISWA Kuliyyah of Engineering berehat dan ‘study’ hanyalah bagai melepaskan batuk di tangga. Untuk pengetahuan anda saudara Firwan Norliza telah memegang kuasa SRC selama dua penggal(2009/2010-2010/2011) dek kerana menang tanpa bertanding di Kuliyyah of Engineering.



Kita mengajak MAHASISWA UIAM semua lihat dan berfikir, jika manifesto yang mudah ini pun tak dapat dilaksanakan dalam masa tempoh dua penggal, apatah lagi manifesto-manifesto yang lebih besar kapasitinya. Dana yang diberikan sepanjang dua penggal pemerintahan, kita rasa lebih dari cukup untuk menyelesaikan masalah ini. Mana DANA itu pergi??? 

Sepanjang pemerintahan saudara Firwan, beliau dilihat lebih cenderung kearah POLITIK kepartian diluar. Duduk bersama-sama pemimpin pembangkang memberikan ceramah dimana-mana. Kita tidak mahu memfitnah atau mengeluarkan fakta yang salah, tetapi kita semua mampu berfikir dengan WARAS.



Bukan saudara Firwan Norliza sahaja yang tidak menunaikan MANIFESTO mereka kepada MAHASISWA. Ramai lagi SRC yang hanya pandai ‘menanam tebu di bibir’ tetapi mengabaikan tanggungjawab setelah mendapat kuasa. Kita belum lagi berbicara tentang kes-kes ketika CONVEST atau pemimpin LOMPAT-MELOMPAT. Bertanding untuk ASPIRASI tapi setelah menang mengaku PRO-M. Mereka ini sangat licik dan jahat! 

MAHASISWA UIAM sekalian, mari kita ubah corak pemerintahan SRC kali ini. 

BANGKITLAH!

MAHASISWA UNTUK MAHASISWA!

JOM UBAH!!!

3 comments:

  1. Jangan sembang banyak bro..klu korang berani n nak pertahankan hak mahasiswa korang hantarla calon bertanding dalam PRk..jangan dok sembang kencang kt blog ni je..last2 wufi n aspirasi jugak hantar calon..jgn korang just keep on komplen je sampai kiamat..do something..

    ReplyDelete
  2. WUFI gagal dalam memimpin UIA. Kenapa WUFI tak dapat terima kritikan? memang la cara JOM UBAH ni agak kritikal tapi adakah salah kita ambil yang positif dari peranan JOM UBAH ni?

    ReplyDelete
  3. http://nawrif.blogspot.com/2012/02/mengubah-uiam.html

    ReplyDelete