Saturday, 25 February 2012
We uNiTe FoR iSLaM?
Assallamualaikum dan salam sejahtera semua…
Haa… Kali nih aku nak nyatakan ketidakpuasan hati aku dengan WUFI dan PRO M! biarlah korang nak kate ape… korang kate… ade aku kesah?
Aku bengkek, bukan sebab calon yang aku support kow2 tak menang. Aku bengkek, bukan sebab PRO M UIAM terang2 umum diorang menang….
Aku bengkek sebab diorang kata….. diorang menang UNDI
BUKAN SEBAB CALON
BUKAN SEBAB MANIFESTO
Tapi sebab bersatu tentang ISLAM.
Kejadah ngko cakap macam tuh~ aku ade kat situ masa ko cakap dan laung kekuat kat bawah tuh.
Jadi kitorang yang independent nih ape? bersatu bukan sebab Islam ke? Ape ko ingat student representative council (SRC) mostly about ISLAM?
Ape korang tau tentang keperluan dak2 HS?
Ape korang tau tentang kesengsaraan society2 under HS deparment?
Ape korang tau penderitaan SOCASA? COSSA? POSSA? HISTFORIUM?
Kitorang tak bersatu atas nama Islam? kejadah ngko! jadi kitorang nih kafir ke? Ko nak bercakap dengan mulut manis ko bebaik sikit…
Jangan main tabur je ayat2 ngko… Nak kempen ko guna nama Islam…
Korang nak kempen untuk jadi wakil student… Sepatutnya korang amek tau ape yang kitorang nak… Ade korang amek tau pasal kitorang?
Dengan masalah kitorang sendiri, ape yang korang tau?
Kitorang tak perlukan surau kat HS building. Kitorang punya building tak sampai 5 minit jalan ke masjid.
Kitorang tak perlukan 3D map, ko jalan mengensot boleh pusing satu HS building tak sampai setengah jam, confirm! ko takkan sesat punya….!
Korang nak memperjuangkan Islam, memang sangat bagus, aku memang sokong semua perjuangan2 untuk Islam…
Tapi! the most important problem now is not about religion~ Korang buta ke buat2 tak nampak? Korang letak calon untuk bertanding, okeh~ takde masalah, korang suh calon tabur manifesto @ janji2 kat kitorang, pun okeh~ takde masalah, no arguments here.
Kitorang undi calon kitorang, dan student undi calon korang, dan korang menang… okeh~ fine, takde masalah… also no arguments here. Standard r, mesti ada kalah mesti ada menang… tuh adat bertanding… Again~ no problem here.
Tapi, aku paling takleh blah… korang cakap…
Korang menang bukan sebab calon…
korang menang bukan sebab manifesto gempak2…
Dah tuh? Korang leh settlekan tak masalah kitorang nih kalau korang jadi wakil kami kat SRC tuh? AND! btw… SRC means student representative council.
Ingat….! Jawatan korang adalah amanah, bukan satu anugerah! Aku nak tengok, korang tunaikan janji2 korang dalam setahun nih~
Korang siap laung STUDENT POWER kan? Tunjukkan kat aku yang kemenangan korang berbaloi~ dan bela nasib kami.
Kepada yang tak mengundi, toksah nak join dok gebang SRC tak wat kerja, korang tak mengundi, korang takde HAK nak cakap pape~ korang dok diam je.
DAN PLEASE KEPADA WUFI (we unite for Islam) please stop guna nama Islam untuk raih undi, sebab ape? kita UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, RELIGION IS NOT OUR PROBLEM, STUDENT WELFARE IS THE MAIN OBJECTIVE.
dan PRO M, penggerak mahasiswa… JANGAN CAKAP SAJA… Korang berjanji kat orang lain, orang tuh akan tuntut kat akhirat kelak, dan sekali lagi, JAWATAN ANDA, BUKAN SATU ANUGERAH, TAPI SATU AMANAH YANG PERLU KORANG PIKUL, DAN YANG PALING PENTING…
Artikel ini di ambil dari http://kaizenshinobi.com/2011/02/we-unite-for-islam.html
Terima Kasih atas artikel anda
MAHASISWA UNTUK MAHASIWA!!
JOM UBAH!!
Labels:
IIUM,
ISLAM,
jom ubah,
Ma'aruf Club,
PRO-M,
skandal,
TAKUT,
UIA,
UIAM,
We Unite for Islam,
WUFI
Friday, 24 February 2012
Terima Kasih kerana jadi Peserta MAHARAJA SEMBANG LEBEY!!
Assalamualaikum W.B.T.
Sekalian alam bergema kembali dengan tinta kecil JOM UBAH! Hahahahaha.. Sekian berceloteh mari kita sembang..
JOM UBAH: Hahaha..bro anonymous tok sah nak emo r..this is just a blog, comment bro lagi kencang, abg long ampang ea? hahahaha..marilah bertanding untuk JOM UBAH r..ada bran??? hahaha..
JOM UBAH: Chill r bro..da masalahnye Juak-juak WUFI nak pegang SRC lelame..celah mane kita nak dapat jd SRC???? lu pikir la bro..kalo betul fitnah..buktikan la JOM UBAH fitnah..kalau salah kita tarik balik statement..as easy like that la bro..emo manjang x elok bro~hahahaha kencing manis, darah tinggi, hasad dengki, hahaha duit~ oh duit~ ko memang hebat r duit~
JOM UBAH: hahahaa..baeklah kalau JOM UBAH silap, minta maaf tp bro KANTOI hahahaha..OWH rupanya yang bagi dana kat WUFI memang MC r..hahaha ahli ad 3000 blom grad n yg dah grad 3000x50=15000 seyh...padan lah poster kaler2...Hahaha! LAWAK la bro ni..thanks bg maklumat tambahan..
JOM UBAH: HAAAA!!!!! ini yang JOM UBAH marah..dah tau x bley buat kerja x payah la menggatal nak jadi pemimpin..merosakkan MAHASISWA UIAM saje..bro aizat~ lu kecoh kita suke..jgn sampai JOM UBAH kecoh lu lari..
JOM UBAH: bro anonymous..bro punye comment awal2 da insaf kan diri dah~ pastu bro jugak yang cakap Maaruf club dan SRC@WUFI@PRO-M tu bersekongkol..bro xpelah bro~ bab fitnah memfitnah ni kalo bro bdak WUFI or ASPIRASI bro lagi tau pasal dorang tuh..xpayah nak sembang lebeyh..~haiish~ pasal duit r ni~
JOM UBAH: hahaha..macam ni ke dak ASPIRASI@WUFI punye komen? hahahaha...ni mesti xdapat duit ni~ duit~ duit~
JOM UBAH: hahaha..dak ASPIRASI memang tak pernah berubah..Akmal tuh ketua korang, ni mesti akmal x bg duit kat korang ni...hahahaha kesian~ NASIB KO LA ASPIRASI..akmal2 ko bawak je la bdak ASPIRASI ko yang xd otak ni balik negeri je..buat semak UIAM...hahaha pasal duit r nih~ hahaha lantak ko la Akmal@ASPIRASI..
Hahahaha..seronok kan bersembang???? Kalau macam ni lah ASPIRASI@WUFI, nak ke MAHASISWA undi korang? hahahaha..KITA LAWAN TETAP LAWAN!!
MAHASISWA UNTUK MAHASISWA!!!
JOM UBAH!!!
Wednesday, 22 February 2012
STRATEGI PEMIMPIN KORUP WUFI@PRO-M dan ASPIRASI
Hari
ini kita nak bawa kawan-kawan MAHASISWA menyelami strategi politik WUFI
ASPIRASI. Bagi kawan-kawan yang baru masuk Universiti(ya, adik adik sekalian J ) mahupun yang sudah
sempat menghadapi pilihanraya kampus, penting sebenarnya untuk kita paham demam
pilihanraya. Dan sekarang WUFI sudah pun mula sandiwara politik dia.
Pilihanraya kampus selalunya dipanggil sepanggil sebagai
PRK. Sejak JOM UBAH mendedahkan perkara-perkara gelap mengenai WUFI dengan
ASPIRASI, tiada sesiapa pun antara mereka yang mengeluarkan diri dan
menerangkan apakah sebenarnya penjelasan bagi artikel-artikel yang dikeluarkan
oleh kita.
Ini menunjukkan JOM UBAH betul! Walaupun bersahaja,
‘pattern’ atau pola pilihanraya mereka,
WUFI nampaknya sudah mula balik. Nampaknya WUFI memang takut dengan pembongkaran
JOM UBAH. Bagi ASPIRASI entah ke mana tak muncul-muncul walaupun kepalanya di
AIKOL sedang belajar Tahun keempat semester 1. Kita nak tengok ASPIRASI sampai
bila dia boleh tahan panas punggung dia. Hee.. hee.. hee.. WUFI punya orang pun
nampaknya duduk dekat AIKOL. Ntah-ntah mereka bersekongkol? Hahaha..
Kalau kawan-kawan tengok, sekarang WUFI sudah mengeluarkan
poster mengucapkan ‘goodluck’ kepada atlit-atlit universiti kita ini untuk
berentap dalam University Sport Carnival(USC). Yang lawaknya, WUFI ini tidak
pernah kisahkan sangat tournament universiti ni. Ini hanya kerana nak tunjuk
kononnya mereka ini baik belaka dan ambil kisah. Walhal, selama ini kalau bukan
sebab dekat dengan PRK, tak muncul juga WUFI ini. Langsung tak kisah!
Bukak semester ini juga, SRC AIKOL Hafizul pulak dok
sibuk-sibuk beritahu dan canang pada semua orang yang dia ke admin UIA nak
cakap pasal hal ehwal kita. Mentang-mentanglah semester ni sudah tiba masa
untuk pilihanraya kampus. Dia ingat dia boleh tipu kita! Padahal semester lepas
dengan dua semester lepas tak buat apa pun. Sebab takut nanti semester ni WUFI
hilang undi, buat buatlah nampak sibuk. Hipokrit! Penipu! Tengok saja Fitri SRC
calon WUFI. Sama saja. Lagi terus senyap! Inilah orang WUFI yang kita salah
pilih. Jangan kita biarkan kesilapan berlaku lagi.
Percayalah kawan-kawan, kita semua ini asyik kena tipu saja
dengan politikus-politikus kampus ni.
Ini strategi pilihan raya kampus mereka. Bila dekat election
politikus-politikus bak WUFI dengan ASPIRASI keluarlah poster kononnya dia
sajalah yang baik dalam university ni. Macam orang lain tak baik! Lepas tu time
election nanti mulala janji-janji manis election untuk dapatkan undi. Dia janji
bulan dan bintang! Kalau kita ni semua perempuan, boleh cair dengar dia pujuk
rayu dia! Lepas itu, kitapun undi.
Bila dah dia menang dia buat tak hiraunya kita. Tak lama
lepas itu pulak, (Yang ini kerja WUFI. ASPIRASI langsung terus hilang. Orang
kalah yang merajuk agaknya), dia snap gambar sana, snap gambar sini, snap
gambar situ untuk dedah aib orang. Dia kata ini salah, itu salah. Cuba sewaktu
election, ada dia nak cakap begitu? Tak mungkin! Sebab apa? Sebab tak mahu
hilang undi! Lepas itu marahkan JOM UBAH sebab canang aib orang? Hahahaha..DAYUS!
Kawan-kawan, jangan kita tertipu dengan dakyah si politikus
WUFI dan ASPIRASI. Bila dia hantar calon ke depan, dia kata dia calon bebas.
Kita pun undi. Dan sebenarnya bukannya majority besar pun dia menang. Tapi
sebab dah kita kena tipu, kita pun undilah ingatkan dia calon bebas betul nak
perjuang hal kita semua. Dan orang orang ini juga menang sebab orang-orang dia
saja yang turun undi ramai berbanding dengan kita semua.
Bila masuk saja meeting SRC, dia buat statement dia kata dia
WUFI! Yang ASPIRASI pulak takut nak declare diri! Bila reporter suratkhabar
tanya siapa menang di election kampus, dia pun kata sekian-sekian adalah calon
WUFI. Rupanya kita dah kena tipu kawan-kawan. Sampai macam ini sekali dia tipu
kita. Depan dia kempen kata dia bebas. Belakang dia kata dia WUFI. Dan inilah
juga apa Presiden SRC sekarang Iqbal buat.
Jadi kepada bakal calon diluar sana janganlah menjadi calon
WUFI atau ASPIRASI. Walaupun anda bebas, jangan harapkan WUFI atau ASPIRASI. Tanding
atas kapasiti MAHASISWA! Tanding sebab nak tolong kawan-kawan kita juga! Kita
kena tolak politikus politikus ni. Sebab kita biarkan mereka ini bermaharajalelah
orang-orang macam ini bila dah besar porak perandakan politik Negara macam
sekarang!
Kawan-kawan! Jom bersatu. Jom kita kuatkan barisan menolak
politik luar. Jom kita matikan perjuangan sia-sia WUFI dan ASPIRASI. Jom kita
buang dinding perpecahan politik kotor WUFI dan ASPIRASI. Jom bersama membuang
sikap ekstremis WUFI. Jom kita hilangkan sikap liberal ASPIRASI. Jom kita
sokong MAHASISWA kita untuk bertanding. JOM UBAH UIAM!
Beritahu semua mengenai perubahan yang kita perlukan!
Sebarkanlah maklumat ini!
MAHASISWA UNTUK MAHASISWA!
JOM UBAH!!!
Saturday, 18 February 2012
MANIFESTO GULA-GULA
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah, JOM UBAH menerima pelbagai reaksi setelah kemunculannya. Kali ini kita akan berbicara mengenai MANIFESTO GULA-GULA. Setiap calon yang bertanding untuk pemilihan SRC IIUM akan
memberikan janji (MANIFESTO) mereka untuk MAHASISWA. Kita kira andai kata
dihitung jumlah perlaksanaan MANIFESTOs SRC saban tahun, hanya sepuluh peratus sahaja
dilaksanakan. Tak percaya? Sila ambil balik pamphlet, flyers mereka tahun yang
lalu dan sila nilai sendiri.
Setiap SRC mewakili setiap Kuliyyah yang wujud dalam UIAM
ini, bertanggungjawab penuh atas MANIFESTO mereka kepada Kuliyyah masing-masing.
Kita beri contoh di Kuliyyah of Engineering IIUM. Manifesto yang dicanang oleh
bekas Presiden SRC, saudara Firwan Norliza untuk memberikan satu tempat
MAHASISWA Kuliyyah of Engineering berehat dan ‘study’ hanyalah bagai melepaskan
batuk di tangga. Untuk pengetahuan anda saudara Firwan Norliza telah memegang
kuasa SRC selama dua penggal(2009/2010-2010/2011) dek kerana menang tanpa
bertanding di Kuliyyah of Engineering.
Kita mengajak MAHASISWA UIAM semua lihat dan berfikir, jika
manifesto yang mudah ini pun tak dapat dilaksanakan dalam masa tempoh dua
penggal, apatah lagi manifesto-manifesto yang lebih besar kapasitinya. Dana yang diberikan sepanjang dua penggal pemerintahan, kita rasa lebih dari cukup untuk menyelesaikan masalah ini. Mana DANA itu pergi???
Sepanjang pemerintahan saudara Firwan, beliau dilihat lebih cenderung kearah
POLITIK kepartian diluar. Duduk bersama-sama pemimpin pembangkang memberikan
ceramah dimana-mana. Kita tidak mahu memfitnah atau mengeluarkan fakta yang
salah, tetapi kita semua mampu berfikir dengan WARAS.
Bukan saudara Firwan Norliza sahaja yang tidak menunaikan
MANIFESTO mereka kepada MAHASISWA. Ramai lagi SRC yang hanya pandai ‘menanam
tebu di bibir’ tetapi mengabaikan tanggungjawab setelah mendapat kuasa. Kita belum lagi berbicara tentang kes-kes ketika CONVEST atau pemimpin LOMPAT-MELOMPAT. Bertanding untuk ASPIRASI tapi setelah menang mengaku PRO-M. Mereka ini sangat licik dan jahat!
MAHASISWA UIAM sekalian, mari kita ubah corak pemerintahan SRC kali ini.
BANGKITLAH!
MAHASISWA UNTUK MAHASISWA!
Friday, 17 February 2012
Projek Salah Guna Dana
Salam..
Kita rasa dah lenguh jari ni sebab dua tiga hari ni sibuk dengan
usrah. Harap naqib usrah tak marah yea akhi! J
Teringat sewaktu membayar yuran mahallah, kita semua bayar yuran
kokurikulum sebanyak RM50.00 seorang. Maklumat diterima jumlah pelajar UIA
keseluruhannya (GOMBAK,KUANTAN dan lain2) adalah sjumlah 14000 orang. Jika kita
hitung terdapat lebih kurang RM50 x 14000 = RM700000!!! Tetapi adakah seramai
14000 orang pelajar itu join semua program UIA atau adakah semua pelajar aktif
kokurikulum? Mengapa pihak SRC lansung tidak memperjuangkan perkiraan ini untuk
student?
Apa yang SRC dah buat disepanjang tampuk pemerintahan mereka? Seharusnya
SRC lebih menumpukan kepada pembangunan mahasiswa secara menyeluruh. Tetapi
malangnya SRC lebih sayangkan isu politik serta hal-hal remeh seperti IFTAR
JAMA’I, SOLAT HAJAT PERDANA, GADUH NAK BUAT KONVEST,ISU ANJING YANG TAK SELESAI
SAMPAI HARINI DAN YANG PALING MENDAPAT SAMBUTAN ADALAH PROGRAM DILARANG
BERCOUPLE! Oh tidak! Sebuah universiti bertaraf antarabangsa masih diikat
dengan mengadakan program-program yang berbentuk syok sendiri. Nak buat program
agama pun nak ambil yang popular macam ustaz azhar idrus! Bukankah kita punya
pensyarah yang berkaliber? Untung lerrr ada ustaz azhar idrus...untung lerr...
Buang saja PHD lecturer-lecturer kita sebab SRC langsung tak hormat orang
berilmu ni. Tahu nak dapat undi saja.
Satu lagi perkara yang boleh dipandang serius adalah isu status Ma’aruf
club. Maaruf club salah satu kelab yang sentiasa punya dana kewangan yang
banyak dan mampu mengadakan program kepimpinan..kenapa tiada yang persoalkan?
Adakah hanya kerana kebanyakan kepimpinan SRC lahir dari Maaruf kelab akhirnya
dana kokurikulum mahasiswa yang lain dijadikan mangsa dan disalurkan kepada Ma’aruf
club menerusi program-program SRC yang di-sub kepada Ma’aruf club? Atau Adakah
Maa’ruf club dijana oleh parti pembangkang dan juga dijadikan tempat melatih
pemimpin pembangkang yang dahaga politik Pakatan Rakyat? HEBAT! Dengar kata
kerajaan Selangor beri RM160,000 untuk pelajar-pelajar yang sokong mereka dalam
kampus! Pikirlah, mana ada kelab boleh buat banner suka-suka. Mana nak cari
duit? Cuba fikirkan. Setiap sambutan pulak tu!
SRC harus menjadi hero kepada isu ini dan lebih baik fokus kepada
isu ini daripada fokus pada isu anjing yang tak sudah-sudah. Kita nak tahu,
mana Ma’ruf ni dapat duit. Sampai dekat kelab lain nak buat program, asik-asik
uia kata tak ada duit. Ha, jawab sikit please!
TOLAK PRO-M! TOLAK ASPIRASI! MAHASISWA UNTUK MAHASISWA!
JOM UBAH!!!
Saturday, 11 February 2012
RAHSIA GELAP PRO-M DAN KEPINCANGAN ASPIRASI
Bertemu
kembali rakan MAHASISWA. Kita inginkan MAHASISWA UIAM yang berfikiran kritikal
dalam memilih pemimpin. Kita tak mahu pemimpin yang berat sebelah dan
berkepentingan selain daripada MAHASISWA.
Kali ini mari
kita fikir masak-masak siapakah sebenarnya dua kuasa besar dalam perang Pilihan
Raya Kampus saban tahun. Siapakah PRO-M? Pada awal pertubuhan PRO-M lebih
dikenali sebagai WUFI di UIAM. Perjuangan mereka adalah selari dengan
perjuangan PAKATAN RAKYAT(Pembangkang). Kuasa mereka sangat besar di UIAM
hinggakan mereka menang PRK hingga kini. Maka SRC sekarang adalah PRO-M!
Kita semua
sedar atau tidak segala program yang dijalankan oleh SRC ada kaitan dengan
Ma`aruf Club. Ma`aruf Club telah menerima bantuan secara total daripada SRC.
Kenapa Ma`aruf Club? Kenapa bukan kelab-kelab lain? Kenapa dana yang telah UIA
beri untuk SRC diberi kepada Ma`aruf Club sahaja? Dimana keadilan yang telah
diwar-warkan oleh PRO-M? Adakah mereka ini sebenarnya berjuang untuk MAHASISWA
atau hanya untuk kepentingan Ma`aruf Club? Kemudian menyebarkan apa jasa mereka
dalam laman sesawang dan sosial seperti FACEBOOK dan sebagainya. Kita kalau
berjasa tak perlu nak beritahu semua orang apa kita dah buat, orang ramai
sendiri tahu apa kita dah buat.
Lain pula
cerita tentang ASPIRASI. ASPIRASI adalah boneka kerajaan Barisan Nasional untuk
memastikan tiada MAHASISWA yang menentang mereka. Dana mereka sepenuhnya
daripada Kerajaan Barisan Nasional. Kelab-kelab yang terlibat secara lansung
dalam membantu usaha ASPIRASI adalah seperti WAWASAN Club dan Gabungan Pelajar
Melayu Semenanjung (GPMS). Cara kempen mereka yang pelik seperti `baling batu
tapi sembunyikan tangan’ dan sabotaj kempen adalah perkara biasa bagi ASPIRASI.
MAHASISWA
sekalian. Adakah mereka ini akan kita jadikan pemimpin kita masa hadapan?
Layakkah mereka memimpin kita? Kita menyeru agar MAHASISWA lebih berfikiran
terbuka dan kritikal dalam memilih pemimpin kita. Adalah tidak adil bagi mereka
yang benar-benar ingin berjuang untuk teman-teman tetapi terkandas dek kerana
kekurangan dana. Marilah sama-sama kita bantu mereka yang neutral dan berjuang
demi kebaikan MAHASISWA.
Wednesday, 8 February 2012
NAFAS BARU
Salam
perkenalan semua. Sudah terlalu lama kita ditipu dan dipermainkan oleh pihak
berkepentingan hanya kerana atas nama pilihanraya kampus di UIA ini. Dan saban
tahun tiada langsung perubahan sehinggakan kita dan rakan-rakan kita sudah
malas dengan pilihan raya kampus. Kita sekarang sudah muak! Dan akhirnya kita
malas untuk mengundi. Tidak tertahan lagi perasaan jijik dengan penipuan demi
penipuan yang telah dilakukan oleh SRC yang diwakili Pro-M dan Aspirasi yang
kononnya juga berjuang untuk mahasiswa tetapi tidak pernah muncul-muncul.
Maka dengan itu, kali ini kita mesti ambil pendirian berbeza! Kita harus bangkit sebagai orang yang tidak mahu dipermainkan! Kita bangun untuk membawa perubahan baru! Kita mahu UIA menjadi sebuah universiti yang dipandang tinggi dan bukannya mandom(tidak bermaya) sekadar tempat ambil ijazah. Kita mahu pelajar kita dipandang tinggi dan bukan dilabel atas universiti tempat beradu politik! Kita mahu dilihat bahawa kita pelajar No 1 kualitinya dalam negara!
Maka dengan itu, kali ini kita mesti ambil pendirian berbeza! Kita harus bangkit sebagai orang yang tidak mahu dipermainkan! Kita bangun untuk membawa perubahan baru! Kita mahu UIA menjadi sebuah universiti yang dipandang tinggi dan bukannya mandom(tidak bermaya) sekadar tempat ambil ijazah. Kita mahu pelajar kita dipandang tinggi dan bukan dilabel atas universiti tempat beradu politik! Kita mahu dilihat bahawa kita pelajar No 1 kualitinya dalam negara!
Kali ini kawan-kawan, kita akan berjuang untuk hak kita.
Mungkin Pro-M dan Aspirasi susah untuk kita kalahkan pengaruh mereka tetapi
biar mereka tahu bahawa kita semua wujud! Universiti ini bukan mereka yang
punya!
Ini adalah gerakan kebebasan. Sebarkan kepada kawan-kawan
bilik. Sebarkan sewaktu makan tengahari. Sebarkan sementara kelas belum
bermula! Sebarkan! Kita jangan takut! Kita jangan sembunyi. Biar mereka yang
takut! Biar mereka yang sembunyi! Lawan mereka terang-terangan! Mereka
sebenarnya kecil. Kita lebih besar! Kita tahu kita tidak salah! Ini hak kita!
Sesiapa
saja yang tahu kisah Pro-M atau Aspirasi yang menipu mahasiswa, naikkan
pamplet! Naikkan poster! Sebarkan cerita-cerita mereka! Dedahkan! Biar kita
nampak wajah sebenar mereka ini semua! Masa perubahan telah tiba! Dan ini yang
kita boleh bantu untuk perubahan UIAM! Ayuh!
Sunday, 5 February 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)